Tuesday, April 13, 2010

Ayuh banteras pembuangan bayi!!!

by:
  • Nita Futiesya Binti Kamson
  • Noraini Binti Hassan Basri
  • Nurul Ain Binti Saidon
  • Siti Norhashira binti Mat lazim

Huwaa !!“Huwaa!!

Sayup-sayup kedengaran suara bayi menangis. “ Masya Allah anak siapakah yang ditinggalkan di tepi semak ini? Zalim sungguh!!. Gejala pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dari hari ke hari dan seperti sudah menjadi trend masa kini. Remaja masa kini seolah-olah hanyut dalam arus kemodenan dan keseronokan yang dicipta sendiri oleh mereka. Isu pembuangan bayi bagaikan tidak habis-habis diperkatakan setiap hari di dada-dada akhbar. Bayi yang tidak berdosa ini dibuang ke dalam tong sampah, tandas, kotak, semak, tepi sungai dan tempat-tempat lain tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana hasilnya anak luar nikah dari persetubuhan haram. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru.


Hukuman denda dan sebatan yang dikenakan keatas pembuang bayi ini seolah-olah tidak memberikan apa-apa kesan kepada mereka. Hukuman yang lebih berat harus dikenakan kepada mereka bagi membanteras kegiatan yang tidakberperikemanusiaan ini. Namun hukuman berat sekalipun jika pelaku itu sendiri tidak mempunyai kesedaran di dalam diri mereka ianya akan tetap terus berlaku dalam masyarakat kita.

Semua pihak seperti masyarakat mahupun pihak kerajaan perlu berkerjasam dalam memberikan dorongan kepada mereka dan bukannya hanya berpeluk tubuh dan mengabaikan mereka. Terdapat juga ahli masyarakat yang hanya menunding jari terhadap golongan remaja. kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan. Bimbingan dari masyarakat sebenarnya sedikit sebanyak dapat membantu mereka merasa kurang rasa tertekan mungkin dengan cara ini isu pembuangan bayi dapat dikurangkan.

Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam menjejaki ibu bapa mangsa bayi. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga sebenarnya mengalakan lagi pembuangan bayi kerana mereka berpendapat terdapat golongan yang akan menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik dan mereka hanya terlepas begitu sahaja jika tidak dapat ditangkap.

Selain itu pihak media juga perlu memainkan peranan mereka sebagai salah satu pihak yang boleh menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat. Pengiklanan tentang isu pembuangan bayi di media cetak mahupun media elektronik diharap dapat menimbulkan rasa keinsafan dalam diri masyarakat dan mereka dapat memuhasabahkan diri dan mengambil iktibar dengan apa yang telah terjadi dan diharapkan dapat memberikan pengajaran kepada mereka.

Semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras isu pembuangan bayi disamping hukuman yang lebih dikenakan kepada pesalah. Mereka yang telah tersasar dari landasan agama dan syariat islam di harap tidak terus melakukan kesilapan yang sama. Bertaubatlah kerana Allah masih menyayangi dirimu.